Program PI Bersama Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sg. Ara
26 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 25 januari 2017, Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sg. Ara telah mengadakan program bersama Tadika Islam Johor (TAJ) di Sekolah Agama Felcra Sg. Ara. Program ini telah bermula pada jam 2.00 petang yang melibatkan guru dan juga pelajar-pelajar Tadika Islam Johor (TAJ). Program ini dimulakan dengan aktiviti membaca huruf ABC dan Alif Baa Taa berdasarkan pada video yang telah dipaparkan pada layar putih.
Pelajar-pelajar perlu menyebut huruf tersebut dengan mengikuti irama pada video yang ditayangkan. Selain itu, mereka juga dapat mengenal pasti warna yang terdapat pada setiap huruf. Mereka juga di berikan lembaran kerja untuk diwarnakan berdasarkan pada huruf dan gambar yang telah ditayangkan. Seterusnya, mereka turut diberi penerangan tentang komponen asas komputer dengan menyebut sambil melihat gambar-gambar yang di tayangkan.
Di samping itu, tayangan video klik dengan bijak juga ditayangkan kepada mereka. Selepas tamat tayangan tersebut, mereka di beri risalah berkaitan Klik Dengan Bijak untuk di bawa pulang. Dengan adanya program seperti ini dapat memberi penerangan kepada pelajar-pelajar tentang cara pembelajaran yang mudah dengan menggunakan ICT. Ini bukan sahaja dapat menarik minat mereka untuk datang ke sekolah, malah memudahkan mereka untuk mengingati dan memahami apa yang dipelajari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: